Tuesday, July 29, 2008

saya pelajar atau .....

Kalau Dr. Mahathir kata Melayu Mudah Lupa, saya pula akan kata Pelajar Mudah Lupa. Apa yang saya hendak katakan di sini bukanlah pelajar mudah lupa akan fakta-fakta PnP, tapi tugas mereka sebagai pelajar. Pelajar datang ke sekolah untuk belajar. Belajar untuk mengetahui dan menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang diajar oleh guru. Apabila mereka sudah mengetahui dan menguasai sesuatu ilmu, nilai diri akan bertambah. Asasnya tidak ada bezanya seorang pelajar yang pintar dan yang lembab dari segi fizikal. Malahan ada pelajar yang lembab lebih kuat fizikalnya. Tapi mengapa pelajar pintar juga yang sentiasa diutamakan? Ini adalah kerana mereka mempunyai nilai diri yang tinggi. Nilai diri tidak boleh disamakan dengan harga diri. Nilai diri sangat diutamakan dalam masyarakat. Ini adalah kerana individu-individu yang bernilai sahaja yang biasanya mampu menyumbang kepada masyarakat. Boleh berfikir dengan waras, sesuai dengan kemahuan 0rang ramai dan bukannya pendapat sendiri yang tidak bernilai. Sebenarnya semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah tidak digunakan apabila berkerja. Tapi kenapa belajar mata pelajaran yang susah-susah? Proses pembelajaran di sekolah melatih pelajar untuk meningkatkan kematangan.
Kebanyakan pelajar lupa tugas mereka. Mereka suka enjoy di sekolah. Mereka suka ada teman istemewa. Banyak menghabiskan masa dengan bermain sms. Jadual waktu yang dikhususkan untuk belajar juga digunakan untuk melayan teman istimewa melalui sms. Duit yang diderma oleh ibubapa atau pelajar itu minta sendiri habis digunakan untuk membeli reloade. Apa yang mereka dapat? rugi lah yang mereka dapat. Kemungkinan perhubungan melaluinya berjaya merapatkan perhubungan mereka. Tapi biasanya perhubungan ini betujuan untuk kepentingan diri sendiri terutama sekali di pihak lelaki. Pihak lelaki adalah seperti buaya yang sentiasa mencari mangsa, Seperti harimau yang kelaparan, dan seperti kancil yang pintar mencari alasan. Kata-katanya dikarang oleh sang setan. Manis seperti madu, si gadis yang begitu lembut hatinya bagaikan melayang-layang mendengar kata-kata yang manis memujinya denganpujian palsu. Tapi awas, lelaki tetap seperti buaya, singa dan harimau. Sentiasa mencari mangsa. Lepas satu, satu lagi dan lagi.. tak pandai puas sampai mampus.
Ingatlah, itulah sebabnya pelajar belajar di sekolah. Mempelajari sesuatu yang mereka tidak tahu. Mengetahui sesuatu yang mesti mereka tahu. Jangan jadikan diri anda menjadi mangsa. Objektif utama pembelajaran di sekolah adalah untuk mendapatkan kelulusan. Kelulusan yang baik pula akan memudahkan mereka mendapatkan perkerjaan. Perkerjaan yang baik dan terjamin pula akan memudahkah kehidupan masa depan mereka terutama sekali kehidupan selepas kahwin. Bayangkan kalau berkahwin tanpa ada sebarang pendapatan. Di mana hendak mencari duit? Tak kan terus menerus mengharapkan ibubapa yang mekin lama makin tak berdaya? Ingat... seseorang yang tidak ada pendapatan biasanya selalu menjadi mangsa buli. Jadi adakah anda mau dibuli oleh suami atau isteri? fikir-fikirkanlah sendiri

Monday, July 28, 2008

Molina dan Rujini

Pelajar tingkatan Enam yang rajin serving Internet. Berasal dari Kg. Talantang, terpaksa tinggal di asrama kerana lokasi perkampungan mereka jauh dari sekolah. Walaupun baru ditempatkan di asrama, Molina sorang pelajar yang berwawasan dan matang telah dilantik menjadi exco rekreasi. Dari perwatakannya, pelajar ini mempunyai bakat untuk berjaya dalam pelajaran. Rujini, seorang pelajar yang juga suka berdikari dan berikhtiar. Suka mengisi masa lapang dengan membuat kerja-kerja yang berfaedah. Juga seorang exco aspuri smk tandek. semoga kamu berjaya mencapai objektif yang dirancangkan.

Rakan-rakanku

Saya berkerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah di daerah Kota Marudu. Dilantik pada tahun 1999, kini tinggal setahun lagi akan dapat DG44. Berkerja di sekolah yang saya ditempatkan ini memang menyeronokkan, apatah lagi kini saya dilantik menjadi pengemudi sebuah jabatan yang dipanggil Jabatan Sains dan Matematik. Bertugas sebagai seorang Ketua Bidang Sains dan Matematik bukanlah mudah. Dengan hanya mendapat sedikit elaun tanggungjawab, adalah sangat tidak memadai untuk memikul bebanan yang saya bebani sekarang ini. Tugas-tugas yang sepatutnya saya laksanakan telah saya buat. Tapi malangnya Tidak semua yang dirancangkan dapat dicapai. Rakan-rakan yang bersama-sama dengan saya di jabatan ini semuanya saya hormati. Mungkin keranan sifat saya yang tidak suka meninggikan diri (puji diri), rakan-rakan saya merasa selesa bersama saya. Saya tidak menganggap mereka berada di bawah jagaan saya, kerana kami semuanya sama taraf. Saya tidak suka mengarah, kerana saya bukannya pengarah. Saya begitu berterima kasih kepada mereka kerana mereka melaksanakan tugas saya. Laksanakanlah tugas anda sebagai sekumpulan SAINTIS..

Monday, March 24, 2008

Video Recording

Sweet Memory for all
memory are priceless,
save your memory by capturing it
need help?
0198712693 or
salimandut@hotmail.com